Pertalian_manusia–anjing
Pertalian_manusia–anjing

Pertalian_manusia–anjing

Pertalian atau ikatan manusia–anjing ialah hubungan saling berfaedah dan dinamik antara manusia dengan anjing yang dikaji oleh ahli-ahli psikologi, antropologi, dan etologi.[1]Anjing ialah keturunan serigala yang dibelajinakkan, dan mempunyai kesan dan peranan ketara dalam kehidupan manusia. Di Amerika Syarikat, melebihi 62% orang mempunyai haiwan peliharaan rumah dan 37% haiwan peliharaan itu ialah anjing.[2]Topik antropomorfisme yang berkaitan membincangkan idea yang dimiliki oleh orang tentang pengetahuan haiwan. Antrozoologi ialah satu bidang baharu kajian mengutarakan saling tindak manusia-haiwan.