Pertamina

PT Pertamina (Persero) atau dikenali sebagai Pertamina (Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara) ialah sebuah syarikat minyak dan gas asli Indonesia yang berpangkalan di Jakarta.[2] Ia telah diwujudkan pada Ogos 1968 oleh penggabungan Pertamin (ditubuhkan 1961) dan Permina (ditubuhkan 1957). Firma itu pada masa ini (2013) merupakan pengeluar minyak mentah kedua terbesar di Indonesia di belakang Chevron Pacific Indonesia yang berpangkalan di Amerika Syarikat.[3] Pada tahun 2013 buat pertama kalinya, Pertamina menduduki tempat no. 122 dalam senarai Fortune Global 500 syarikat dengan pendapatan berjumlah $ 70.9 bilion,[4] Pertamina juga merupakan satu-satunya syarikat Indonesia yang akan dipaparkan dalam senarai.[5]

Pertamina

Pendapatan operasi ▲ $8.5 bilion (2016)[1]
Industri Minyak dan gas
Jumlah aset ▼ $47.2 bilion (2016)[1]
Pendapatan bersih ▲ $5.0 bilion (2016)[1]
Bilangan pekerja 27,318 (2016)[1]
Jumlah ekuiti ▲ $22.1 bilion (2016)[1]
Perancang utama Nicke Widyawati (Pemangku CEO)
Tanri Abeng (Pesuruhjaya presiden)
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Laman sesawang www.pertamina.com
Keluaran Bahan api, pelincir, petrokimia
Ditubuhkan 10 Disember 1957; 62 tahun yang lalu (1957-12-10)
Hasil ▼ $36.5 bilion (2016)[1]
Jenis Perusahaan milik negara