Pertempuran_Agincourt
Pertempuran_Agincourt

Pertempuran_Agincourt

Pertempuran Agincourt adalah kemenangan utama England dalam Perang Seratus Tahun. '[a]. Pertempuran ini berlaku pada hari Jumaat, 25 Oktober 1415 (Hari Saint Crispin), berhampiran dengan tempat yang kini terletak di Azincourt, utara Perancis [5][b] Kemenangan Henry V di Agincourt, terhadap tentera Perancis yang lebih besar, melumpuhkan Perancis dan memulakan tempoh baru dalam peperangan di mana Henry telah berkahwin dengan anak raja Perancis dan kemudian anak lelaki Henry, Henry VI, telah dijadikan waris bagi takhta Perancis.Henry V memimpin tenteranya dalam pertempuran dan terbabit dalam pertempuran secara berhadapan. Raja Perancis masa itu, Charles VI, tidak memimpin tentera Perancis sendiri kerana dia mengalami kecacatan mental sederhana dan penyakit teruk yang berulang. Sebaliknya pihak Perancis dipimpin oleh Konstebal Perancis Charles d'Albret dan pelbagai bangsawan Perancis terkemuka dari parti Armagnac.Pertempuran itu adalah terkenal bagi kegunaan busur panjang oleh Inggeris, yang digunakan oleh Henry dalam jumlah yang sangat besar, dengan pemanah Inggeris dan Welsh membentuk sebahagian besar tenteranya. Pertempuran ini juga menjadi kemuncak pementasan Henry V, oleh William Shakespeare.

Pertempuran_Agincourt

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Agincourt http://www.azincourt-medieval.com/ http://www.familychronicle.com/agincort.htm http://www.familychronicle.com/fc-faq3.html http://www.merriam-webster.com/cgi-bin/audio.pl?gg... http://www.militaryhistoryonline.com http://www.militaryhistoryonline.com/hundredyearsw... http://www.nytimes.com/2009/10/25/world/europe/25a... http://www.nytimes.com/2009/10/25/world/europe/25a... http://archive.org/details/historyofbattleo00nico http://web.archive.org/web/20091027132428/http://g...