Pertempuran_Mohács
Pertempuran_Mohács

Pertempuran_Mohács

Pertempuran Mohács (Bahasa Hungary: mohácsi csata atau mohácsi vész, Bahasa Turki: Mohaç savaşı atau Mohaç meydan savaşı) adalah satu pertempuran yang berlaku pada 29 Ogos, 1526 berdekatan Mohács, Hungary. Dalam pertempuran ini, pasukan tentera dari Hungary yang diketuai oleh Raja Louis II dari Hungary telah dikalahkan oleh tentera empayar Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni.Kejayaan Uthmaniyyah menyebabkan pepecahan Hungary untuk selama beberapa kurun di antara empayar Uthmaniyyah, monarki Habsburg dari Austria dan prinsipaliti Transylvania. Kematian Louis II semasa menyelamatkan diri dari pertempuran menjadi penamat kepada dinasti Jagiellon, yang mana dinasti ini kemudian disatukan oleh Habsburg melalui perkahwinan dengan adik perempuan Louis.