Pertempuran_Muar
Pertempuran_Muar

Pertempuran_Muar

Pertempuran Muar adalah satu pertempuran yang berlaku di Muar semasa perang Dunia II di antara pasukan Tentera Australia dengan pasukan Tentera Jepun. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran-pertempuran semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Pertempuran Muar juga merupakan pertempuran besar terakhir semasa Kempen Malaya. Ia berlangsung antara 14 Januari hingga 22 Januari 1942 sekitar Jambatan Gemensah dan di Sungai Muar. Tentera pasukan Berikat, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett, menyebabkan kehilangan jiwa yang teruk kepada pasukan Empayar Jepun. Pasukan Division Australia ke-8 membunuh lebih dari 700 tentera dari Division Pengawal Imperial Jepun dalam serangan hendap di jambatan ini. Ini merupakan pertempuran pertama antara pasukan Jepun dan Australia dalam Pertempuran Malaya. Brigade Infantri ke-53 juga merupakan unit Britain pertama dan yang tunggal dari Division ke-18 yang bertempur dengan Jepun di Malaya.