Pertempuran_Opis

Pertempuran Opis, berlaku pada bulan September 539 SM, adalah satu pertempuran besar di antara tentera Parsi di bawah Cyrus Agung dan Empayar Neo-Babylon di bawah Nabonidus semasa serangan Parsi ke atas Mesopotamia. Pada masa itu, Babylonia merupakan kuasa terakhir di barat Asia yang belum di kuasai oleh Parsi. Pertempuran ini berlaku berhampiran atau di dalam kota di tebing sungai yang strategik bernama Opis, di utara ibu kota Babylon. Ia membawa kekalahan muktamad bagi Babylon. Beberapa hari kemudian, kota Sippar menyerah diri kepada Parsi dan tentera Cyrus akhirnya memasuki Babylon tanpa sebarang tentangan. Cyrus seterusnya diistiharkan sebagai raja Babylonia dan wilayahnya, dan dengan itu menamatkan kemerdekaan Babylon dan menggabungkan empayar Babylon ke dalam Empayar Parsi.

Pertempuran_Opis

Tarikh 25 September - 28? September, 539 SM
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh25 September - 28? September, 539 SM
Lokasi
KeputusanKemenangan muktamad Parsi.
Perubahan
wilayah
Empayar Neo-Babylon diilhak oleh Parsi.
Lokasi
Perubahanwilayah Empayar Neo-Babylon diilhak oleh Parsi.
Keputusan Kemenangan muktamad Parsi.