Pertempuran_Perancis
Pertempuran_Perancis

Pertempuran_Perancis

Kumpulan Tentera Darat 2 Kumpulan Tentera Darat 3 Kumpulan Tentera Darat A Kumpulan Tentera Darat C
Jumlah: 163,650 kasualtiDalam Perang Dunia Kedua, Pertempuran Perancis, juga dikenali sebagai Kejatuhan Perancis, merupakan serangan Jerman terhadap Perancis dan Negeri-Negeri Pamah, bermula 10 Mei 1940. Dalam serangan ini, angkatan Jerman menewaskan lawan yang sebahagian besarnya angkatan tentera Perancis. Pertempuran terbahagi kepada dua bahagian. Dalam operasi pertama, Fall Gelb (Kes Kuning) unit-unit armor Jerman menembusi Hutan Ardennes bagi memotong dan mengepung ketumbukan Kuasa Bersekutu yang telah mara memasuki Belgium. Apabila pasukan British dan tentera Perancis yang bersebelahannya ditolak ke laut oleh angkatan Jerman yang bergerak pantas dan amat teratur, kerajaan British mengambil keputusan memindah saki-baki Pasukan Ekspedisi British (British Expeditionary Force, BEF) dan beberapa divisyen Perancis dari Dunkirk dalam sebuah operasi yang diberi nama kod Operasi Dynamo. Selepas evakuasi tentera British, dan dengan Perancis terkontang-kanting dan bersendirian dalam pertahanannya, pihak Jerman melancarkan operasi kedua, Fall Rot (Kes Merah), yang berakhir pada 5 Jun. Pihak Perancis yang sudah susut kekuatannya, memberi tentangan hebat pada fasa awal operasi Jerman namun, kekuatan udara Jerman menangani kedudukan artileri Perancis sedikit demi sedikit. Angkatan Jerman bergerak melintasi rusuk Garis Maginot dan menerobos wilayah Perancis sementara pertahanan Perancis mula roboh. Angkatan Jerman tiba di Paris yang tidak dipertahankan Perancis pada 14 Jun dan panglima mereka bertemu pegawai kerajaan Perancis yang ingin bekerja sama dengan Jerman. Pegawai Perancis terulung ialah Marsyal Henri-Philippe Petain yang, berlawanan dengan kehendak ramai orang Perancis, mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan gencatan senjata.Pada 22 Jun, satu peletakan senjata dimeterai antara Perancis dan Jerman, yang berkesudahan dengan pembahagian Perancis dalam mana Jerman menjajah wilayah utara dan barat, Itali menjajah sebuah wilayah kecil di tenggara, dan sebuah zon yang tidak dijajah, dikenali sebagai zon libre atau Vichy Perancis, ditadbir kerajaan Perancis baharu pimpinan Marsyal Petain. Perancis kekal di bawah takluk Paksi sehinggalah negara itu dibebaskan selepas Pendaratan Normandy pada tahun 1944.

Pertempuran_Perancis