Pertempuran_Talas

Pertempuran Talas (怛羅斯會戰) pada tahun 751 adalah suatu konflik peperangan yang melibatkan tuntutan terhadap kawasan perbatasan/sempadan antara pemerintah Bani Abbasiyah Arab dengan Dinasti Tang China yang merebut kekuasaan di kawasan Syr Darya. Pada Julai 751, Bani Abbasiyah memulakan serangan besar-besaran terhadap China di sungai Talas; 200,000 tentera Muslim melawan 10,000 tentera Tang dan 20,000 tentera upahan Karluk. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Bani Abbasiyah. Daripada 10,000 Tentara Tang yang dikirimkan ke perbatasan, kurang dari 2000 orang yang kembali dengan selamat.Faktor utama kekalahan tentara Tang pada pertempuran ini adalah berkhianatnya tentera bayaran Karluk dan pihak Ferghana yang mundur dari pertempuran serta melepaskan aliansi dengan Dinasti Tang. Kedua bangsa ini memang pada dasarnya tidak suka dengan Dinasti Tang yang menjajah mereka, tetapi kerana kalah kuat mereka terpaksa bergabung dengan tentara Tang. Invasi Arab ke Syr Darya ini dimanfaatkan dengan baik oleh kedua bangsa ini untuk mengusir tentera Tang dari tanah air mereka.Akibat diserang dari arah depan oleh orang Arab Muslim dan dari sisi samping oleh tentera Karluk, akhirnya tentera Tang tidak dapat lagi menahan posisi mereka dan memutuskan untuk berundur atas arahan dari komando Gao Xianzhi dengan bantuan Li Siye bagi menghindari kerugian yang lebih besar.Walaupun tentera Tang mengalami kekalahan besar tetapi tentera Tang berhasil mengakibatkan kerugian maksimal pada tentera Arab kerana komandan Li Siye yang bermaksud meninggalkan sisa tenteranya dan menyelamatkan diri dicela oleh Duan Xiushi, sebagai seorang perwira, harga diri Li Siye tercabik dan ia merasa amat malu maka Li Siye pun bangkit memimpin sisa pasukan tentera Tang dan melawan tentera Arab yang mengejar dalam penarikan mundur mereka.