Pertempuran_Waterloo
Pertempuran_Waterloo

Pertempuran_Waterloo

Pertempuran Waterloo merupakan pertempuran besar terakhir maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, yang berlaku pada 18 Jun 1815. Pertempuran ini berlangsung di tempat yang sekarang ialah Belgium, lebih kurang 12 km tenggara Brussel (ibu kota Belgium). Napoleon mempunyai 124,000 tentera and lawannya, pasukan bersekutu mempunyai 200,000 orang. Pasukan bersekutu yang terdiri daripada Great Britain, Belanda dan Prusia berjaya menewaskan Napoleon. Kekalahan di Waterloo mengakhiri pemerintahan Napoleon sebagai Maharaja Perancis dan menandakan berakhirnya era kegemilangan Napoleon.Beberapa negara yang menentang Napoleon membentuk Campuran Ketujuh dan menggerakkan tentera apabila beliau pulang berkuasa dalam tahun 1815. Dua angkatan perang besar di bawah pemerintahan Duke Wellington dan Fil Marsyal Gebhard von Blucher berkumpul berdekatan sempadan timur laut Perancis. Napoleon memilih untuk memulakan serangan dengan harapan dapat memusnahkan kedua-dua angkatan tersebut sebelum mereka dapat bersatu melancarkan serangan terselaras terhadapnya Perancis bersama-sama negara ahli campuran lain. Pertempuran muktamad Kempen Waterloo tiga hari ini (16–19 Jun 1815) berlaku dalam Pertempuran Waterloo. Mengikut Wellington, pertempuran sangat "tipis" ("the nearest-run thing you ever saw in your life"). [5]Napoleon melengah daripada bertempur sehingga tengah hari 18 Jun demi kerana menunggu tanah menjadi kering. Tentera Wellington, yang berkedudukan melintangi jalan Brussel ke tubiran Mont-Saint-Jean, bertahan menghadapai serangan tubi oleh pihak Perancis sehinggalah waktu petang apabila tentera Prusia tiba beramai-ramai dan menembusi rusuk kanan angkatan Napoleon. Pada saat itu, tentera Anglo-Allied Wellington menyerang balas dan menyebabkan tentera Perancis bertaburan di medan perang. Tentera campuran yang mengejar Napoleon memasuki Perancis dan memulihkan pemerintahan Raja Louis XVIII. Napoleon turun takhta, menyerah diri kepada British dan dibuang negeri ke Saint Helena, di mana beliau meninggal dunia dalam tahun 1821. Medan pertempuran terletak di Belgium, lebih kurang 8 batu (13 km) di arah selatan tenggara Brussel, dan lebih kurang 1 batu (1.6 km) dari bandar Waterloo. Tapak pertempuran kini didominasi sebuah tugu, Timbunan Singa. Oleh sebab timbunan ini dibina dengan tanah dari medan pertempuran, topografi medan pertempuran di sekeliling timbunan itu tidak dipelihara.

Pertempuran_Waterloo

Tarikh 18 Jun 1815
TarikhLokasiHasil
Tarikh18 Jun 1815
LokasiWaterloo, Belgium kini
HasilKemenangan muktamad Campuran
Lokasi Waterloo, Belgium kini
Hasil Kemenangan muktamad Campuran