Pertubuhan_Berita_Nasional_Malaysia
Pertubuhan_Berita_Nasional_Malaysia

Pertubuhan_Berita_Nasional_Malaysia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan Malaysia dan pengerusi BERNAMA sekarang ialah Datuk Abdul Rahman Sulaiman.BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura. Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.[1]

Pertubuhan_Berita_Nasional_Malaysia

Laman sesawang www.bernama.com.my
Negara
Tarikh pelancaran 1968
Ketersediaan Kebangsaan