Institusi-institusi Perubatan

Hospital Santa Maria della Scala, fresco oleh Domenico di Bartolo, 1441–1442

Perubatan kontemporari secara umumnya dijalankan dalam sistem penjagaan kesihatan. Rangka-rangka perundangan, pentauliahan, dan pembiayaan ditubuhkan oleh sesebuah kerajaan, dengan sokongan organisasi-organisasi antarabangsa, seperti gereja-gereja. Setiap ciri-ciri bagi mana-mana sistem penjagaan kesihatan adalah penting kerana ia memberi impak tentang bagaimana penjagaan kesihatan disalurkan. Sejak zaman-berzaman, penekanan golongan Kristian terhadap sumbangan berbentuk praktikal membawa kepada pembangunan kejururawatan dan hospital-hospital yang sistematik, dan Gereja Katolik pada hari ini kekal menjadi badan bukan kerajaan yang terbesar dalam menyumbangkan perkhidmatan perubatan dalam dunia.[11] Negara-negara maju (selain daripada Amerika Syarikat)[12][13] dan banyak negara-negara membangun membekalkan perkhidmatan perubatan melalui sistem [penjagaan kesihatan universal]] yang bertujuan untuk memastikan penjagaan bagi semua masyarakat melalui sistem penjagaan kesihatan pembayar tunggal, ataupun penggunaan insurans kesihatan swasta atau koperasi. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan agar kesemua masyarakat mampu menggunakan perkhidmatan perubatan bergantung kepada keperluan, dan bukannya kebolehan untuk membayar. Pelaksanaan perkhidmatan perubatan mungkin dijalankan sama ada melalui pusat perubatan swasta, atau hospital-hospital dan klinik-klinik kerjaan, atau oleh badan-badan kebajikan, dan selalunya melalui gabungan ketiga-tiga badan perubatan. sKebanyakan masyarakat berpuak tidak dapat memastikan penjagaan kesihatan kepada penduduk secara menyeluruh. Di kalangan penduduk tersebut, perkhidmatan kesihatan hanya mampu diperoleh mereka yang mampu membayar untuknya atau telah diinsuranskan (sama ada secara sendiri atau sebahagian daripada kontrak pekerjaan) atau mereka yang telah dijamin oleh penjagaan yang dibiayai oleh kerajaan atau puak itu sendiri

Ubat moden: ampul


Ketelusan informasi adalah sebuah lagi faktor mempengaruhi sistem perlaksanaan kesihatan. Akses terhadap informasi menganai penyakit-penyakit, rawatan-rawatan, kualiti, dan harga memberi kesan yang mendalam terhadap pemilihan oleh pesakit/pengguna, dan oleh itu, memberi galakan kepada pengamal perubatan. Walaupun sistem perkhidmatan kesihatan Amerika Syarikat telah menghadapi masalah disebabkan kekurangan keterbukaan,[14] undang-undang baru mampu menggalakkan keterbukaan. Hal ini berlaku kerana terdapat ketegangan tanggapan di antara keperluan untuk ketelusan pada satu sudut, dengan isu-isu berkaitan kesulitan maklumat pesakit dan kemampuan maklumat tersebut untuk disalahguna pada satu sudut yang lain.

Perlaksanaan

Perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dikelaskan kepada kategori penjagaan primer, sekunder, dan tertiar.

Jurarawat-jururawat di Kokopo, East New Britain, Papua New Guinea

Perkhidmatan jagaan kesihatan primer disediakan oleh doktor-doktor, pembantu pegawai kesihatan, jururawat-jururawat, dan pekerja-pekerja kesihatan yang lain yang ditemui pertama kali ketika ketika pesakit mencari rawatan atau jagaan perubatan. Perkara ini berlaku di dalam pejabat doktor, klinik-klinik, rumah penjagaan, sekolah, lawatan ke rumah, dan tempat-tempat lain yang berdekatan dengan pesakit-pesakit. Sebanyak 90% daripada pertemuan-pertemuan medikal boleh dirawati oleh jagaan kesihatan primer. Ini termasuk rawatan untuk penyakit-penyakit akut dan kronik, jagaan pencegahan, dan pendidikan kesihatan untuk semua umur dan jantina.Perkhidmatan jagaan kesihatan sekunder disediakan oleh pakar-pakar perubatan di pejabat-pejabat atau klinik-klinik atau di hospital komuniti setempat untuk pesakit yang telah dirujuk oleh penjaga kesihatan primer yang telah mendiagnosis atau merawat pesakit tersebut. Rujukan dibuat untuk pesakit-pesakit yang memerlukan kepakaran atau prosedur-prosedur yang hanya boleh disediakan oleh pakar-pakar. Ini merangkumi jagaan ambulatory dan perkhidmatan pesakit dalaman, rawatan kecemasan, unit rawatan rapi, pembedahan, terapi fizikal, melahirkan anak, unit endoskopi, perkhidmatan makmal dan pengimejan, pusat-pusat hospis, dan lain-lain. Sesetengah pelaksana jagaan primer mempunyai berkhidmat untuk pesakit dalaman, dan melahirkan anak di pusat jagaan sekunder. Perkhidmatan jagaan kesihatan tertiar disediakan oleh pakar-pakar di hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan yang dilengkapi dengan kemudahan diagnostik dan perubatan yang kebanyakkannya tidak didapati di hospital-hospital biasa. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi pusat trauma, pusat rawatan kebakaran, unit neonatologi lanjutan, pemindahan organ, kandungan tinggo risiko, onkologi dan radiasi, dan lain-lain. Penjagaan kesihatan moden juga bergantung kepada maklumat – masih lagi disalurkan di kebanyakan pusat penjagaan kesihatan melalui rekod-rekod kertas, tetapi kini penggunaan sistem elektronik kian meluas.Di negara-negara berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan moden selalunya terlalu mahal untuk golongan kebiasaan. Pengkaji-pengkaji polisi penjagaan kesihatan antarabangsa menyokong “caj pengguna” diketepikan agar lebih ramai dapat menggunakan khidmat ini, meskipun selepas diketepikan, halangan-halangan dan caj-caj yang ketara masih kekal.[15]Pengasingan antara preskripsi dan dispensi ialah satu amalan dalam perubatan dan farmasi yang mana doktor-doktor] yang menghasilkan preskripsi untuk ubat-ubatan, tidak terikat dengan ahli-ahli farmasi yang memberikan ubat preskripsi. Dalam dunia Barat, ia adalah tradisi sejak berzaman untuk mengasingkan antara ahli-ahli farmasi dan para doktor. Di negara-negara Asia, ia menjadi kebiasaan untuk para doktor/tabib untuk juga memberikan ubat-ubatan.[16]

Cabangan-cabangan

Rujukan

WikiPedia: Perubatan http://www.racp.edu.au/index.cfm?objectid=49EF1EB5... http://www.medicine.mcgill.ca/MJM/issues/v08n01/cr... http://www.blackwellpublishing.com/eccmid16/abstra... http://www.britannica.com/eb/article-9106176?query... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://journals.lww.com/nursing/Fulltext/2006/1100... http://www.managedcaremag.com/archives/0401/0401.f... http://www.medicalnewstoday.com/articles/161858.ph... http://www.mercksource.com/pp/us/cns/cns_hl_dorlan... http://michaelservetusresearch.com/ENGLISH/works.h...