Sejarah Perubatan

Patung kecil tabib Mesir purba Imhotep, doktor pertama dari zaman purba dikenali melalui nama.

Dunia purba

Perubatan pra-sejarah menggunakan pokok-pokok herba, bahagian-bahagian binatang, dan mineral-mineral. Pada kebiasaanya, bahan-bahan ini digunakan secara ritual sebagai bahan ajaib oleh pawang-pawang, bomoh-bomoh, atau dukun. Sistem spiritual yang terkenal termasuklah animisme (kepercayaan bahawa objek tidak bernyawa mempunyai roh-roh), spiritualisme (rayuan kepada tuhan-tuhan atau percakapan dengan roh-roh nenek moyang); kepawangan (kebergantungan kepada seseorang dengan kuasa mistik); dan penilikan (mendapatkan kebenaran secara ajaib). Bidang antropologi perubatan mengkaji bagaimana setiap budaya dan masyarakat disusun dan terkesan dengan isu-isu berkaitan kesihatan, jagaan kesihatan, dan sebagainya.Rekod-rekod awal mengenai perubatan telah dijumpai daripada perubatan Mesir purba, perubatan Babylon, perubatan Ayurveda (di benua kecil India), perubatan klasik China (pendahulu bagi perubatan Cina tradisional moden), dan perubatan Yunani kuno dan perubatan RomDi Mesir, Imhotep (alaf ke-3 SM) ialah pengamal perubatan pertama yang dikenali dalam sejarah melalui nama. Teks perubatan Mesir tertua ialah ‘’Papirus Ginekologi Kahun’’ dari 2000 SM, yang menerangkan penyakit-penyakit ginekologi (sakit puan). ‘’Papirus Edwin Smith’’ yang bertarikh 1600 SM ialah hasil awal berkenaan pembedahan, manakala ‘’Papirus Ebers’’ yang bertarikh 1500 SM ialah hampir serupa dengan buku teks perubatan.[21] Di China, bukti arkeologi tertua mengenai perubatan di China bertarikh sehingga Dinasti Shang pada Zaman Gangsa, mengenai benih-benih herba dan alat-alatan yang digunakan untuk pembedahan.[22] ‘’Huangdi Neijing’’, pengasas kepada perubatan Cina, ialah sejenis teks perubatan yang ditulis pada abad ke-2 SM, dan disusun pada abad ke-3 TM.[23]Di India, pakar besar Sushruta menerangkan pelbagai operasi-operasi pembedahan, yang merangkumi pembedahan plastik terawal]].[24][meragukanbincang][25] Rekod-rekod terawal mengenai hospital-hospital datang dari Mihintale di Sri Lanka di bukti-bukti mengenai kemudahan rawatan perubatan untuk pesakit-pesakit dijumpai.[26][27]Di Greece, pengamal perubatan Yunani Hippocrates, “bapa perubatan moden",[28][29] memperkenalkan asas bagi pendekatan rasional dalam perubatan. Hippocrates juga memperkenalkan ikrar Hippokratik untuk pengamal perubatan, yang masih relevan dan masih digunakan pada hari ini. Beliau juga telah mengkategorikan penyakit-penyakit kepada penyakit akut, kronik, endemic, dan epidemic, dan menggunakan terma-terma seperti “eksaserbasi, relaps, resolusi, krisis, paroksisme, puncak, dan pemulihan”.[30][31] Pakar perubatan Yunani Galen juga seorang daripada pakar bedah terhebat pada zaman kuno, dan telah berani melakukan pelbagai pembedahan, seperti pembedahan mata dan otak. Selepas kejatuhan empayar Rom Barat dan kebangkitan Zaman Pertengahan Awal, tradisi perubatan Yunani telah jatuh di Eropah Barat, walaupun perkembangannya diteruskan di empayar Rom Timur (Byzantine).Kebanyakan pengetahuan mengenai perubatan Ibrani kuno pada millennium pertama SM datang daripada kitab Taurat, iaitu satu daripada lima kitab Nabi Musa, yang mempunyai pelbagai ritual dan perundangan mengenai kesihatan. Sumbangan masyarakat Ibrani kepada pembangungan perubatan moden bermula pada era Byzantine, dengan pakar perubatan Asaph sang Yahudi.[32]

Zaman Pertengahan

Manuskrip Al-Risalah al-Dhahabiah oleh Ali al-Ridha, Imam kelapan untuk Muslim Shia. Teks mengatakan: "Disertasi emas dalam perubatan yang dihantar oleh Imam Ali ibn Musa al-Ridha, sejahtera ke atasnya, kepada al-Ma'mun."

Selepas 750 TM, dunia Islam telah mendapat hasil-hasil karya Hippocrates, Galen, dan Sushruta yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Ara, dan pakar-pakar perubatan Islam telah bergiat dalam beberapa kajian perubatan yang penting. Antara perintis perubatan Islam yang terkenal ialah Ibn Sina, seorang polymath (pakar dalam segala bidang) Parsi, yang bersama Imhotep dan Hippocrates, digelar “bapa perubatan".[33] Dia telah mengarang Kanun Perubatan, yang dianggap antara buku-buku terkenal dalam sejarah perubatan.[34] Pakar perubatan yang lain termasuklah Abu al-Qasim

[35] Ibn Zuhr,[36] Ibn al-Nafis,[37] and Ibn Rushd.[38] Ar-Razi[39] mempersoalkan teori Yunani mengenai humorisme, walaupun ia masih berpengaruh dalam perubatan Barat dan Islam pada zaman itu.[40] Al-Risalah al-Dhahabiah oleh Ali al-Ridha, Imam Kelapan Muslim Shia, dianggap sebagai sastera paling berharga dalam Sains Perubatan.[41] The Persian Bimaristan hospitals were an early example of public hospitals.[42][43]Di Eropah, Charlemagne memerintahkan bahawa sesebuah hospital perlu disertakan bersama katedral dan biara, dan sejarawan Geoffrey Blainey menyamakan aktiviti-aktiviti Gereja Katolik dalam jagaan kesihatan pada Zaman Pertengahan seperti versi awal bagi negeri berkebajikan. “Ia menguruskan hospital untuk orang-orang tua, dan rumah anak-anak yatim bagi kanak-kanak; hospis untuk orang-orang sakit dari semua peringkat umur; tempat untuk pesakit kusta; dan asrama atau rumah penginapan bagi penziarah mendapatkan tempat tidur dan makanan dengan murah”. Ia membekalkan makanan kepada masyarakat ketika kebuluran dan membahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Sistem kebajikan gereja ini dibiayai melalui cukai-cukai yang dikumpul dalam skala yang besar, selain memiliki estet dan ladang yang besar. Mazhab Santa Benedict terkenal dengan menyediakan hospital dan rumah sakit di biara-biara mereka, dan menanam herba-herba perubatan dan menjadi ketua dalam memberikan jagaan perubatan di daerah mereka, di Abbey the Cluny. Gereja juga menubuhkan beberapa sekolah katedral dan universiti di mana perubatan diajar. Scholar Medica Salernitana di Salerna, yang mengajar pakar-pakar perubatan Yunani dan Arab, berkembang menjadi sekolah perubatan terbaik di Eropah pada Zaman Pertengahan.[44]

Panorama of Siena's Santa Maria della Scala Hospital, salah sebuah hospital terbesar di Eropah. Pada Zaman Pertengahan, Gereja Katolik menubuhkan universiti-universiti untuk mengembalikan pengajian-pengajian sains – ini telah menarik minat pakar-pakar perubatan Yunani dan Arab untuk mempelajari perubatan.

Walau bagaimanapun, pada abad ke-14 dan -15, Maut Hitam telah memusnahkan kedua-dua Timur Tengah dan Eropah, dan ia diperkatakan Eropah Barat adalah lebih efektif dalam menangani pandemik tersebut daripada Timur Tengah.[45] Para awal zaman moden, beberapa individu yang penting dalam perubatan dan anatomi telah muncul di Eropah, seperti Gabrielle Falloppio dan William Harvey Anjakan terbesar dalam pemikiran perubatan ialah penolakan berkala, terutama ketika Maut Hitam pada abad ke-14 dan -15, yang juga dikenali sebagai pendekatan ‘autoriti tradisional’ untuk sains dan perubatan. Ini adalah kepercayaan bahawa jika apa yang dikatakan oleh seseorang yang penting di masa lampau seharusnya betul, dan itu seharusnya apa yang terjadi, dan apa yang dilihat berlainan dianggap sebagai anomali (perkara ini berlaku bersama anjakan masyarakat Eropah secara – lihat penolakan Copernicus terhadap teori Ptolemy terhadap astronomi). Pakar-pakar perubatan seperti Vesalius memperbaik dan menolak sesetengah teori dari masa lampau. Kitab-kitab besar yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan dan pakar-pakar perubatan adalah Materia Medica dan Pharmacopoeia.Andreas Vesalius adalah pengarang “De humani corporis fabrica”, sebuah buku yang penting tentang anatomi manusia.[46] Bakteria dan mikroorganisma pertama kali dilihat melalui mikroskop oleh Antonie van Leeuwenhoek pada1676, dan ini mencetuskan bidang saintifik microbiologi.[47] Berbeza daripada karya Ibn al-Nafis, Michael Servetus menemui kitaran pulmonari, tetapi penemuan ini tidak mencapai masyarakat awam kerana ia telah ditulis pada kali pertama dalam "Manuskrip Paris"[48] pada 1546, dan kemudiannya diterbitkan dalam karya teologi yang telah dibayar dengan nyawanya pada 1553. Hal ini kemudian diterangkan oleh Renaldus Columbus dan Andrea Cesalpino. Herman Boerhaave yang juga digelar sebagai "bapa fisiologi" oleh kerana pengajaran hebatnya di Leiden dan buku teks 'Institutiones medcae' (1708). Pierre Fauchard telah digelar"bapa pergigian moden".[49]

Moden

Paul-Louis Simond menyuntik vaksin wabak di Karachi, 1898

Perubatan veterinari telah dipisahkan daripada perubatan manusia pada 1761, ketika seorang ahli veterinari Perancis Claude Bourgelat menubuhkan sekolah veterinari pertama di dunia di Lyon, Perancis. Sebelum ini, doktor perubatan merawat kedua-dua manusia dan haiwan.Kajian bioperubatan saintifik moden (di mana keputusannya boleh diuji dan boleh diulangi semula mula menggantikan tradisi Barat awal berasaskan herba-herba, “4 humor-humor” Yunani dan kepercayaan pra-kemodenan yang lain. Era moden benar-benar bermula dengan penemuan vaksin cacar oleh Edward Jenner pada akhir kurun ke-18 (dengan inspiriasi daripada teknik inokulasi yang berasal dari Asia), penemuan sebaran penyakit oleh bakteria oleh Robert Koch pada 1880, dan penemuan antibiotik pada 1900.Zaman kemodenan selepas kurun ke-18 melahirkan lebih ramai pengkaji-pengkaji hebat dari Eropah. Dari Jerman dan Austria, doktor Rudolf Virchow, Wilhelm Conrad Rontgen, Karl Landsteiner, dan Otto Loewi memberi banyak sumbangan penting. Di United Kingdom, Alexander Fleming, Joseph Lister, Francis Crick, dan Florence Nightingale dianggap sebagai individu-individu penting. Doktor Sepanyol Santiago Ramon y Cajall dianggap sebgai bapa kepada neurosains moden. Dari New Zealand dan Australia, terdapat Maurice Wilkins, Howard Florey, dan Frank Macfarlane Burnett.William Williams Keen, William Coley, dan James D. Watson di Amerika Syarikat, Salvador Luria di Itali, Alexander Yersin di Switzerland, Kitasato Shibasaburo di Jepun, dan Jean-Marie Charcot, Claude Bernard, Paul Broca di Perancis telah banyak memberi sumbangan penting. Tidak dilupakan juga Nikolai Korotkov dari Rusia, dan Sir William Osler dan Harvey Cushing.

Penemuan penicillin oleh Alexander Fleming pada September 1928, menandakan permulaan kepada antibiotik moden.

Bersama perkembangan sains dan teknologi, perubatan menjadi lebih bergantung kepada ubat-ubatan. Menuruti sejarah di Eropah sehingga akhir kurun ke-18, bukan sahaja hasil-hasil haiwan dan tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat, malahan bahagian-bahagian dan bendalir dari manusia.[50] Farmakologi berkembang daripda herbalisme dan sebahagian ubat-ubatan masih terhasil daripada tumbuh-tumbuhan seperti atropin, ephedrin, warfarin, aspirin, digoxin, alkaloid vinka,[51] taxol, hiosina, etc.).[52] Vaksin-vaksin telah ditemui oleh Edward Jenner dan Louis Pasteur.Antibiotik pertama (arsphenamine, Salvarsan) ditemui oleh Paul Ehrlich pada 1908 apabila beliau mendapati pencelup-pencelup toksik telah memberi kesan kepada bakteria, sementara tidak memberi kesan kepada sel-sel manusia. Kelas antibiotik besar yang pertama ialah drug sulfa, yang dijumpai oleh ahli kimia Jerman melalui penggunaan pencelup-pencelup azo.Bidang farmakologi kini kian menjadi canggih; bioteknologi moden membolehkan drug-drug yang ditujukan untuk proses-proses fisiologi yang tertentu untuk dihasilkan, dan kadangkalanya direka bersesuaian kepada tubuh badan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan. Genomik dan pengetahuan tentang genetik manusia juga mempengeruhi bidang perubatan, dengan [gen|gen-gen]] penyebab bagi kebanyakan penyakit genetik monogenik (kerosakan pada satu gen) telah ditemui, dan pembangunan teknik-teknik dalam biologi molekul dan genetik kini mempengaruhi teknologi, praktis, dan membuat keputusan dalam perubatan.Perubatan berasaskan bukti merupakan pergerakan kontemporari dalam merangka lebih banyak algoritma-algoritma yang efektik dalam praktis melalalui penggunaan penilaian sistematik dan analisis meta. Pergerakan ini dibantu oleh sains informasi global moden, yang membolehkan sebanyak mungkin bukti-bukti sedia ada untuk dikumpul dan dianalisis mengikut protokol standard yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja kesihatan. Kolaborasi Cochrane telah menerajui pergerakan ini. Menurut 160 penilaian sistematik Cochrane pada tahun 2001, menurut dua orang pembaca, 21.3% daripada penilaian-penilain tersebut mempunyai kurang bukti, 20% menemui bukti tidak memberi sebarang kesan, 22.5% telah menemui kesan yang positif.[53]

Rujukan

WikiPedia: Perubatan http://www.racp.edu.au/index.cfm?objectid=49EF1EB5... http://www.medicine.mcgill.ca/MJM/issues/v08n01/cr... http://www.blackwellpublishing.com/eccmid16/abstra... http://www.britannica.com/eb/article-9106176?query... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://journals.lww.com/nursing/Fulltext/2006/1100... http://www.managedcaremag.com/archives/0401/0401.f... http://www.medicalnewstoday.com/articles/161858.ph... http://www.mercksource.com/pp/us/cns/cns_hl_dorlan... http://michaelservetusresearch.com/ENGLISH/works.h...