Perumian_Semakan_Bahasa_Korea

Perumian Semakan Bahasa Korea ialah sistem perumian bahasa Korea yang rasmi di Korea Selatan dan juga gantian rasmi untuk sistem perumian tahun 1984 yang berasaskan McCune-Reischauer di negara tersebut. Sistem baru ini serupa dengan sistem lama tersebut, tetapi menggugurkan tanda diakritik dan lebih rapat berdasarkan fonologi Korea berbanding persepsi Barat terhadap fonetik Korea.Perumian Semakan ini tidak menggunakan apa-apa aksara bukan huruf kecuali tanda sempang yang kadang-kadang dipakai. Perumian ini dimajukan oleh Akademi Kebangsaan Bahasa Korea mulai tahun 1995 dan dikeluarkan kepada umum pada 7 Julai 2000 oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea Selatan dalam Pengisytiharan No. 2000-8. Pengisytiharan ini merangkumi sebab-sebab berikut untuk menggunakan sistem ini:[1]

Perumian_Semakan_Bahasa_Korea

Perumian Semakan gugeoui romaja pyogibeop
McCune–Reischauer kugŏŭi romacha p'yogipŏp
Hangul 국어의 로마자 표기법
Hanja 國語의 로마字表記法