Perumian_Yale

Perumian Yale adalah empat sistem yang direka ketika Perang Dunia II untuk digunakan oleh anggota tentera Amerika Syarikat untuk empat bahasa Asia Timur iaitu bahasa Mandarin, Kantonis, Korea, dan Jepun. Namun begitu, keempat-empat perumian ini tidak berkait rapat iaitu huruf yang sama dalam satu perumian tidak membawa bunyi yang sama dalam satu perumian yang lain.Perumian-perumian ini pernah digunakan di AS untuk mengajar bahasa-bahasa Asia ini kepada pelajar awam, tetapi kini makin pudar dan hanya kadang-kadang digunakan oleh ahli linguistik akademik. Contohnya, pengajaran bahasa Mandarin, selalu menggunakan Hanyu Pinyin. McCune-Reischauer yang lebih tua berbanding Yale, telah mendominasi bidang perumian bahasa Korea untuk beberapa dekad sebelum beransur-ansur memberi laluan kepada Perumian Semakan dan bukan mana-mana sistem berasaskan Yale.