Perundangan (
Bahasa Inggeris:Legislation) atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh
legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Istilah ini boleh merujuk satu undang-undang khusus, atau kesemua undang-undang yang telah digubal, di mana "
styatut" juga digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Sebelum menjadi perundangan, ia terlebih dahulu dikenali sebagai
rang undang-undang, yang juga secara tipikal dikenali sebagai "perundangan" semasa ia sedang dipertimbangkan.Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang
eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang. Di bawah
sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh
Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai
Akta Parlimen selepas enakmennya. Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif (sebagai contoh wakil rakyat Parlimen atau Kongres) atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan. Kebanyakan legislatif-legislatif besar meluluskan hanya sebahagian kecil bil-bil yang dicadang dalam suatu sesi perjumpaan. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah
kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang (lihat
tafsiran statut).Sumber: Syahmi B1T5