Pesan_Pada_Hati

Pesan Pada Hati ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Raja Ahmad Alauddin dengan idea dan konsep asal oleh Sari Hermawati terbitan Pena Creative Pictures.[1] Dibintangi oleh Nabila Razali, Shukri Yahaya, Sara Ali, Arja Lee, Jasmin Hamid dan Chacha Maembong. Siri ini disiarkan pada 25 Oktober 2019 hingga 6 Disember 2019 menggantikan Terima Aku Seadanya dan digantikan oleh Kampung People. Drama ini merupakan arahan terakhir Raja Ahmad Alauddin sebelum kematiannya pada 30 Ogos 2019, iaitu dua bulan sebelum ia disiarkan.[2]

Pesan_Pada_Hati

Lagu penutup "Jangan Khianati Aku" - Azlan and the Typewriter
Bahasa Melayu
Mengikuti Terima Aku Seadanya
Negara asal Malaysia
Pengarah Raja Ahmad Alauddin
Natasya Nasir[lower-alpha 1]
Lagu pembukaan "Jangan Khianati Aku" - Azlan and the Typewriter
Diikuti oleh Kampung People
Syarikat penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Tempoh siaran 40–41 minit
Siaran asal 25 Oktober 2019 – 6 Disember 2019
Pencipta Sari Hermawati
Bilangan episod 15
Dibintangi oleh Shukri Yahaya
Nabila Razali
Genre Drama, cinta, konflik, keluarga, dendam
Ditulis oleh PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
Saluran asal TV3