Pesawat_kepak_kaku

Kapal terbang (Tulisan Jawi: كاڤل تربڠ) ialah pesawat sayap tetap berkuasa yang bergerak ke hadapan oleh tujahan daripada enjin jet, kipas atau enjin roket. Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan tatarajah sayap. Spektrum meluas bagi kegunaan kapal terbang termasuklah untuk rekreasi, pengangkutan orang dan barangan, ketenteraan dan penyelidikan. Di seluruh dunia, penerbangan komersial mengangkut lebih daripada empat bilion penumpang setahun dengan kapal terbang penumpang[1] dan mengangkut lebih daripada 200 bilion tan-kilometer kargo setahun, iaitu kurang daripada 1% daripada pergerakan kargo sedunia.[2] Kebanyakan kapal terbang diterbangkan oleh juruterbang, tetapi terdapat beberapa jenis kapal terbang yang boleh dikawal secara jauh atau komputer.