Pesawat_siluman
Pesawat_siluman

Pesawat_siluman

Pesawat siluman merupakan pesawat udara yang menggunakan teknologi siluman supaya tidak dapat dikesan oleh radar, dan juga pesawat yang mempunyai beberapa ciri untuk mengurangkan keterlihatannya dalam spektrum frekuensi radio, visual, audio, dan inframerah. Pada umumnya tujuannya adalah melancarkan serangan selagi dia masih berada di luar pengesanan musuh. F-117 Nighthawk adalah salah satu jenis pesawat siluman yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dalam Perang Teluk.Pesawat siluman mempunyai kemampuan untuk mengelakkan pengesanan, baik pengesanan secara visual, audio, sensor panas, mahupun gelombang radio (radar).Secara visual, pesawat lebih sukar untuk dilihat bila mempunyai warna yang sama dengan warna latar belakangnya (penyamaran). Secara audio, tentunya berusaha untuk membuat pesawat semakin tenang. Secara sensor panas, pesawat biasanya dikesan dari panas yang timbul dari badannya atau daripada suhu udara di sekelilingnya.Bahagian paling panas dari pesawat adalah saluran buangan udara mesin atau exhaust dan leading edge (bahagian pesawat yang pertama membelah udara). Haba dari exhaust boleh dikurangkan dengan cara mencampur semburanmesin dengan udara sejuk dari luar badan pesawat sebelum dihembuskan keluar pesawat dan memanjangkan paipexhaust (seperti A-4 Skyhawk Indonesia yang mempunyai exhaust lebih panjang dibanding versi piawai). Bahagian exhaust ini biasanya dikejar oleh peluru berpandu anti-pesawat dengan sensor inframerah. Akan tetapi peluru berpandu carian panas moden kini juga mempunyai keupayaan untuk mengesan dan mengejar panas yang dihasilkan akibat pergeseran permukaan badan pesawat dengan udara.Pengesanan secara gelombang radio adalah dengan cara menghalang gelombang radio dari radar tidak terpantul dari badan pesawat dan kembali ke radar. Gelombang radio tersebut boleh diserap jika badan pesawat bersalut RAM (Radar Absorbent Material), dipantulkan ke arah lain, atau dalam apa-apa sehingga gelombang tersebut menjadi hilang atau saling meniadakan (hal inilah yang mendasari bentuk pesawat siluman yang mempunyai bentuk yang lain dari pesawat biasa atau agak aneh ).Pesawat siluman biasanya tidak 100% tidak dikesan radar. Tetapi kerana mempunyai RCS (Radar Cross Section) yang kecil maka di skrin radar hanya kelihatan sebesar gerombolan burung, bukan pesawat.