Peso_Filipina

Peso (Filipina: piso) (simbol: ; kod: PHP) ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos (Sepanyol) atau sentimo (Filipina). Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino (nama bahasa Filipina) dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.Peso biasa dilambangkan oleh simbol "". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan U+20B1 (₱). Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" (P huruf besar dengan corek lintang) yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.[1]Duit-duit syiling ditempa di Kompleks Loji Keselamatan Filipina, dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanah, cek, kertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanan, kiriman wang, setem hasil, bond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara.