Pesta_Filem_Animasi_Antarabangsa_Annecy
Pesta_Filem_Animasi_Antarabangsa_Annecy

Pesta_Filem_Animasi_Antarabangsa_Annecy

Pesta Filem Animasi Antarabangsa Annecy (Bahasa Perancis: Festival International du Film d'Animation d'Annecy) merupakan suatu acara yang mempertandingkan karya animasi yang dihasilkan dari serata dunia setiap awal bulan Jun di bandar Annecy, Perancis. Ia ditubuhkan pada tahun 1960 (asalnya setiap dua tahun tetapi kemudiannya beralih kepada setiap tahun pada 1998), dan ia merupakan antara empat pesta filem yang dianjurkan Persatuan Filem Animasi Antarabangsa (Association Internationale du Film d'Animation, ASIFA).Karya-karya yang diperagakan dalam pesta ini (sama ada lukisan bergerak, gerak henti dan sebagainya) dikelaskan mengikut kategori berikut:Karya animasi yang menyertai pesta filem ini ditayangkan dalam pelbagai panggung wayang serata kota tersebut, malah ada juga pertunjukan terbuka waktu malam yang diadakan di dataran Pâquier di tengah bandar Annecy yang menayangkan filem mengikut tema tahunan pesta. Pemenang anugerah pesta filem ini akan diumumkan akhirnya pada malam hari Sabtu.