Pesta_Tanglung
Pesta_Tanglung

Pesta_Tanglung


Pesta Tanglung (Cina ringkas: 元宵节; Cina tradisional: 元宵節; pinyin: Yuánxiāojié atau Cina ringkas: 上元节; Cina tradisional: 上元節; pinyin: Shàngyuánjié; Bahasa Vietnam: Tết Nguyên tiêu; Hán tự: 節元宵) adalah suatu pesta Cina diperayaikan pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke pekong membawa tanglung kertas (Cina ringkas: 兔子灯; Cina tradisional: 兔子燈; pinyin: tùzidēng) dan menyelesai riddles di tanglung (Cina ringkas: 猜灯谜; Cina tradisional: 猜燈謎; pinyin: cāidēngmí). Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina.Pada zaman kuno, tanglung-tanglung adalah sederhana, kerana hanya maharaja dan kerabat bangsawan mempunyai yang berhias; pada zaman moden, tanglung telah dihias dengan banyak reka bentuk kompleks. Contohnya, tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk-bentuk haiwan.Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina. Di Vietnam, pesta ini, datang selepas Tahun Baru, Tết, dan digelar "Tết Thượng Nguyên" atau "Tết Nguyên Tiêu".