Pesuruhjaya_Sukan_Malaysia

Pesuruhjaya Sukan Malaysia adalah jawatan yang diwujudkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memperkemaskan semua kegiatan persatuan sukan di Malaysia. Pesuruhjaya Sukan bertanggungjawab menyediakan garis panduan dan peraturan yang difikirkan sesuai untuk mewujudkan pentadbiran sukan yang lebih tersusun. Menerusi APS, Pesuruhjaya Sukan juga berhak campur tangan mengatasi kelemahan yang terdapat dalam persatuan sukan yang bermasalah.