Peter_Nicol

Peter Nicol (lahir 5 April 1973 di Inverurie, Scotland), ialah bekas pemain skuasy profesional dari United Kingdom. Pada tahun 1998, dia menjadi pemain British pertama untuk menduduki ranking No. 1 dunia. Sepanjang kerjayanya, dia memenangi 1 gelaran Terbuka Dunia, dua gelaran Terbuka British, dan empat pingat emas Sukan Komanwel. Dia pada asalnya mewakili Scotland sebelum bertukar kepada mewakili England pada tahun 2001. Dia mendakwa bahawa dia tidak mendapat sokongan padu daripada pihak berkuasa skuasy di Scotland.Pada bulan Julai 2006, Nicol mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada dunia skuasy sejurus selepas tamatnya Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia 2006 pada bulan September . Perlawanan terakhir Nicol menyaksikannya kecundang di tangan Thierry Lincou di suku akhir .