Pewaris_kepada_Nabi_Muhammad

Sebahagian daripada
Syiah
Ahl al-Kisa
Muhammad
Ali · Fatimah
Hasan · Hussein
Salman Al-Farisi
Miqdad Al-Aswad
Abu Dzar al-Ghifari
Ammar ibn Yasir
Pewaris Muhammad
Imamah
Pagi Muharram
Cahaya Aql · Ismah
Tawassul · Pendeta
Penghijaban
Al-Quran · Sahabat
Muawiyah I
Abu Bakar · Umar
Sejarah Syiah
Ghadir Khumm
Rumah Fatimah
Fitnah Pertama · Fitnah Kedua
Pertempuran Karbala
Aidilfitri · Aidiladha
Aidil Ghadir
Ayhura · Arba'een
Maulid · Al-MubahilaDua Belas Imam
Ismailiyah
ZaidiyahPewaris kepada Nabi Muhammad merujuk kepada pelbagai aspek pewarisan kepada Muhammad selepas kewafatan baginda, termasuk siapa yang boleh dianggap pewaris baginda untuk memimpin orang Islam, bagaimana orang itu dipilih, syarat kesahannya, dan peranan pewaris tersebut. Jawapan berbeza kepada soalan-soalan ini telah membawa kepada munculnya beberapa cabang dalam masyarakat Muslim sejak abad pertama sejarah Islam; yang paling penting adalah Sunni, Syiah dan Khawarij.Daripada pandangan sejarah, dengan kewafatan Muhammad pada 632 M, percanggahan pendapat terjadi akan siapa yang patut menggantikan baginda sebagai pemimpin masyarakat Muslim. Umar Al-Khattab, seorang sahabat terkemuka, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq. Yang lain-lain bersetuju dan Abu Bakar dilantik sebagai khalifah pertama. Pemilihan ini dipertikai sebahagian sahabat lain, yang menganggap Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantu baginda, telah ditandakan sebagai pengganti.[1] Tidak seorangpun anak lelaki Nabi yang membesar dewasa, oleh itu pewarisan keturunan bukanlah satu pilihan.