Pharrell_Williams
Pharrell_Williams

Pharrell_Williams

'Pharrell Lanscilo Williams' (lahir 5 April 1973), turut dikenali dengan hanya sebagai Pharrell Williams, merupakan penyanyi, penerbit muzik, komposer dan pereka fesyen Amerika. Williams dan Chad Hugo telah menubuhkan The Neptunes. Mereka menerbitkan muzik hip hop dan R&B. Beliau turut menjadi penyanyi utama dan pemain dram N.E.R.D. Beliau telah menubuhkan kumpulan tersebut bersama Hugo dan rakan zaman kecilnya, Shay Haley. Beliau telah melancarkan lagu pertamanya pada tahun 2003 dan album pertamanya, In My Mind telah dilancarkan pada 2006.[1]Sebagai sebahagian daripada The Neptunes, Williams turut menghasilkan beberapa lagu untuk ramai penyanyi[2] seperti Jay-Z, Backstreet Boys, Blackstreet, Ludacris, Rage Against the Machine, Britney Spears, Busta Rhymes, Garbage, Mary J. Blige, dan Usher. Beliau turut menjadi pengasas bersama jenama pakaian Billionaire Boys Club dan Ice Cream Clothing.

Pharrell_Williams

Pekerjaan
  • Rapper
  • Penerbit
  • Penyanyi
  • Komposer
  • Pereka fesyen
Berasal dari Virginia Beach, Virginia, Amerika Syarikat
Pengkarya berkait
Instrumen
Juga dikenali sebagai
  • Skateboard P
  • Pharrell
  • Sk8brd (mononym)
Syarikat rakaman
Laman sesawang pharrellwilliams.com
Kelahiran (1973-04-05) 5 April 1973 (umur 46)
Genre
Tahun aktif 1992–kini