Phnom_Penh
Phnom_Penh

Phnom_Penh

Templat:Contains Khmer textPhnom Penh (bahasa Khmer: (/pəˈnɔːm ˈpɛn/ or /ˈnɒm ˈpɛn/;[2][3] Phnum Pénh) merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Kemboja. Bandar ini pernah dikenali sebagai "Mutiara Asia" pada zaman 1920-an di era kegemilangannya semasa penjajahan Perancis di negara Indochina[4] ini. Bandar ini telah menjadi ibu kota Kemboja sejak abad ke-15, apabila raja Ponhea Yat memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Khmer dari Angkor Thom yang berjaya dikuasai oleh Siam.Terletak di tebing Tasik Tonlé Sap, Mekong dan Bassac, kawasan metropolitan Phnom Penh adalah tempat tinggal kepada kira-kira 2.2 juta orang[1] daripada keseluruhan penduduk Kemboja iaitu lebih daripada 14.8 juta orang, meningkat daripada kira-kira 1.9 juta orang pada tahun 2008.[5] Bandar ini bandar terkaya dan paling ramai penduduk di Kemboja dan merupakan pusat perdagangan, politik dan kebudayaan negara.Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina dari era kolonial Perancis dan seni bina tradisional Khmer yang menjadi tarikan bersejarah. Terdapat beberapa bangunan dari era kolonial ini yang masih berfungsi dan dijadikan premis perniagaan sehingga ke hari ini yang bertaburan di sepanjang jalan-jalan besar di pusat bandar Phnom Penh.

Phnom_Penh

• Ranking Tempat ke-1
• Kepadatan 2,200/km2 (5,700/batu persegi)
Zon waktu UTC+7 (Kemboja)
Subdivisi
Senarai
  • 12 daerah (khans)
• Rangking kepadatan Tempat ke-1
Ranking kawasan Tempat ke-23
Kod kawasan +855 (023)
• HDI ▲0.936 (Sangat Tinggi)
Laman web []
Ditubuhkan 1372
Negara  Kemboja
Demonym(s) Phnom Penher
• Jenis Majlis perbandaran
• Jumlah 1,501,725
Ketinggian 11.89 m (39.01 ft)
Menjadi ibu negara 1865
• Gabenor Pa Socheatavong (CPP)