Simbol Piala_Dunia_FIFA_2010

Maskot

Zakumi, maskot Piala Dunia FIFA 2010

Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika.[10] Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.

Lagu rasmi

Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol.[11] Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa.[12] Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.

Bola perlawanan

Rencana utama: Adidas Jabulani

bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan.[13][14] Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.


Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakanGripnGroove[15] yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom.[16] Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.[17]

Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa [ergerakannya sangat susah untuk diramal.[18]Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol.[19]Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)"[20] Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas[21][22][23][24] sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.

Vuvuzela

Rencana utama: Vuvuzela
Aksi seorang peniup vuvuzela

Semasa Piala Dunia, banyak pihak mengkritik dan mendakwa bahawa bunyi bising yang dihasilkan oleh hon-hon vuvuzela, termasuklah pemain Perancis, Patrice Evra, menyalahkan bunyi vuvuzela sebagai faktor prestasi rendah pasukannya.[25]Pengkritik-pengkritik lain termasuklah Lionel Messi, mendakwa bahawa bunyi vuvuzelas mengurangkan komunikasi di kalangan pemain di padang,[26] dan syarikat-syarikat penyiaran, mendakwa bahawa suara-suara penyiar juga telah ditenggelamkan oleh bunyi berkenaan.[27]

Orang lain yang menyaksikan perlawanan di televisyen mendakwa bahawa kemasukan bunyi audio dari stadium hanya mengandungi bunyi vuvuzela dan bunyi semulajadi orang ramai telah ditenggelamkan.[28][29] Seorang jurucakap daripada ESPN dan rangkaian lain telah berkata bahawa mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising berkenaan pada rangkaian mereka.[30]

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2010 http://maps.bing.com/?mapurl=http://toolserver.org... http://maps.bing.com/GeoCommunity.asjx?action=retr... http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/... http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_i... http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-disl... http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,0... http://www.fifa.com/live/competitions/worldcup/pre... http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/ind... http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/... http://www.fifa.com/worldcup/index.html