Protes Piala_Konfederasi_FIFA_2013

Penunjuk perasaan di jalan Rio de Janeiro. Tanda tersebut bermaksud "Jika tambang bas tidak turun, Rio akan terhenti!"

Pada upacara pembukaan yang diadakan di Brasilia National Stadium pada 15 Jun 2013, seramai 70,000 peminat telah mengebu Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter. Kejadian tersebut bermula apabila Blatter dan Rousseff diumumkan untuk membuat ucapan sulung sempena Piala Konfederasi edisi 2013.[21] Selepas itu pula, hashtags di Twitter yang menentang Presiden Brazil telah muncul dan merentasi seluruh dunia dalam senarai kedudukan kesepuluh teratas topik berbangkit.[22]

Sebelum perlawanan bermula, demonstrasi di luar stadium telah dianjurkan oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang rakyat untuk dilaburkan dalam Piala Konfederasi dan Piala Dunia FIFA.[23] Demonstrasi ini berlaku seiring dengan kejadian lain di bandar-bandar utama di Brazil yang mengalami rusuhan berikutan kenaikan tambang bas dari segi harga dan inflasi yang tinggi.[24][23] Kejadian protes yang serupa juga berlaku sebelum perlawanan Mexico dan Itali di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro.[25][26]

Rujukan

WikiPedia: Piala_Konfederasi_FIFA_2013 http://www.correiodoestado.com.br/noticias/vaiada-... http://www.estadao.com.br/noticias/esportes,grupo-... http://espnfc.com/news/story/_/id/1477993/confeder... http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/marketi... http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/marketi... http://www.fifa.com/confederationscup/destination/... http://www.fifa.com/confederationscup/destination/... http://www.fifa.com/confederationscup/destination/... http://www.fifa.com/confederationscup/destination/... http://www.fifa.com/confederationscup/destination/...