Piala_Malaysia_2002

Piala Malaysia 2002 merupakan edisi kali ke-76 Piala Malaysia. Kejohanan ini bermula pada 27 Julai 2002 dan berakhir pada 2 November 2002. Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-29 pada kejohanan edisi ke-76 ini apabila menewaskan Sabah 1-0 menerusi gol emas dari Mohd Amri Yahyah setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan.