Piala_Negara-Negara_Eropah_1964

Piala Negara-Negara Eropah 1964 merupakan edisi yang kedua Kejohanan Bola Sepak Eropah. Kejohanan akhir telah diadakan di Sepanyol. Ia telah dimenangi oleh tuan rumah 2-1 mengalahkan juara bertahan Republik Soviet.Kejohanan ini adalah satu pertandingan kalah mati; 29 pasukan dimasukkan (Greece menarik diri selepas diundi dengan Albania). Republik Soviet, Austria dan Luxembourg mendapat bye ke pusingan kedua. Pasukan memainkan tempat sendiri-dan-tempat lawan sehinggalah perlawanan separuh akhir; empat pasukan terakhir akan beralih ke kejohanan akhir, tuan rumah yang telah dipilih selepas pasukan dikenali.[1]