Piala_Sudirman
Piala_Sudirman

Piala_Sudirman

Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989. Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF. Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.

Piala_Sudirman

Juara lalu  Korea Selatan (4 Gelaran)
Ditubuhkan 1989
Negara Negara-negara anggota BWF
Sukan Badminton
Juara terbanyak  China (Gelaran ke-10)