Gambaran Pijat

Fizikal

Pijat adalah perang pucat sehingga perang kemerah-merahan, leper, berbentuk bulat dan tidak memiliki sayap belakang tetapi sisa sayap hadapan adalah vestigial dan merosot kepada struktur seperti alas. Pijat memiliki badan bersegmen dengan bulu badan halus yang memberikan gambaran belang. Pijat dewasa membesar sehingga sepanjang 4–5 mm dan 1.5–3 mm lebar. Nymp yang baru lahir adalah lut cahaya, warna lebih cerah dan menjadi semakin perang ketika mereka bersalin kulit dan mencapai kematangan seksual. Pijat mungkin disalah anggap sebagai serangga lain seperti ulat buku ("booklice") dan "carpet beetles", sama juga sebaliknya.

Pijat menggunakan pheromon dan kairomon bagi berhubung mengenai lokasi sarang, makan dan membiak.

Jangka hayat pijat bergantung menurut spesies dan makanan.

Pijat mampu hidup julat suhu dan komposisi atmosfera yang luas. Di bawah 16.1 °C (61.0 °F), pijat dewasa mengalami separa hibernasi dan mampu terus hidup lebih lama.[9]Pijat mampu hidup sekurang-kurangnya lima hari pada −10 °C (14 °F) tetapi akan mati selepas terdedah selama 15 minit pada suhu −32 °C (−26 °F).[10] Pijat menunjukkan ketahanan kekeringan yang tinggi, terus hidup pada kelembapan rendah dan julat suhu 35–40 °C sungguhpun dengan kehilangan satu pertiga berat badan; tahap hidupan awal lebih lemah kerana kekeringan berbanding yang matang.[11] Suhu maut bagi C. lectularius adalah tinggi: 45 °C (113 °F), dan kesemua tahap jangka hayat mati selepas didedah 7 minit pada 46 °C (115 °F).[10] Pijat tidak mampu hidup pada kepekatan karbon dioksida yang tinggi; dedahan pada atmosfera nitrogen tulin sebaliknya, kelihatannya memiliki kesan kecil walaupun selepas 72 jam.[12]

Tabiat makan

pengimbas mikrograf elektron ("Scanning electron micrograph-SEM") bagi Cimex lectularius, diwarnakan secara digital dengan bahagian penebuk kulit mulut serangga ditonjolkan dengan ungu dan merah.

Pijat merupakan serangga penghisap darah (hematophagy) wajib. Kebanyakan spesies menghisap darah manusia hanya apabila ketiadaan mangsa yang lain.[13][14][15] Pijat tertarik kepada hos mereka terutamanya melalui karbon dioksida, kedua melalui kehangatan, dan juga bahan kimia tertentu.[16]

Pijat menembusi kulit hosnya dengan menggunakan apa yang dikenali sebagai "stylet fascicle". Ini merupakan unit yang terdiri daripada maxillae dan mandible yang telah diubah suai menjadi bentuk memanjang dari bentuk asas, leluhur. Stylets maxillary di sebelah kiri dan kanan bersambung di bahagian garis tengah membentuk saluran makanan yang besar dan saluran liur lebih kecil. Keseluruhan bungkusan maxillary dan mandibular menembusi kulit.


Sungguhpun pijat mampu hidup selama setahun tanpa makan,[17] pijat biasanya cuba makan setipa lima atau sepuluh hari. Semasa suhu sejuk, pijat mampu hidup sekitar setahun; pada suhu lebih sesuai bagi aktiviti dan makan, sekitar 5 bulan.[18]

Pada Perjumpaan Tahunan ke-57 "Entomological Society of America" pada tahun 2009, generasi baru pijat yang tahan racun serangga di Virginia dilaporkan hanya mampu hidup selama dua bulan tanpa makan.[19]

DNA dari makan darah pijat boleh dipulih sehingga 90 hari, yang mungkin membenarkan mereka digunakan bagi tujuan forsenik bagi mengenal pasti pada siapa pijat itu mencari makan.[20][21]

Pembiakan

Interaksi antara pijat jantan dan betina (Cimex lectularius) yang sedang dalam Permanian trauma.

Kesemua pijat mengawan dengan permanian trauma ("traumatic insemination").[2][22] Pijat betina memiliki saluran pembiakan yang berfungsi semasa posisi ovi, tetapi pijat jantan tidak menggunakan saluran ini bagi permanian.[2] Sebaliknya, pijat jantan menusuk badan pijat betina dengan genital suntikannya dan memancut dalam tubuh pijat betina. Bagi kesemua spesies pijat kecuali Primicimex cavernis, sperma disuntik ke dalam mesospermalege,[2] suatu komponen dalam spermalege,[2] struktur genital kedua yang mengurangkan kecederaan dan kos imunisasi akibat permanian trauma.[23][24][25] Sperma yang disuntik bergerak melalui hemolimfa (saluran limfa darah) ke struktur penyimpanan sperma yang dikenali sebagai "seminal conceptacles", dengan persenyawaan akhirnya berlaku di ovari.[24]

Pijat jantan kadang-kala cuba mengawan dengan pijat jantan lain dan menusuk perutnya.[26] Kelakuan ini berlaku kerana tarikan seksual pada pijat sebahagian besarnya bergantung pada saiz, dan pijat jantan akan cuba mengawan dengan sebarang pasangan yang baru makan tanpa mengira jantina.[27] Pheromone amaran pijat terdiri dari (E)-2-octenal dan (E)-2-hexenal. Ia dibebaskan apabila pijat diganggu, seperti semasa serangan pemangsa. Satu kajian 2009 menunjukkan bahawa pheromone amaran turut dibebaskan oleh pijat jantan bagi menghindar pijat jantan lain yang cuba mengawan dengan mereka.[25]

C. lectularius dan C. hemipterus akan mengawan sesama sendiri jika terdapat peluang, tetapi telur yang dihasilkan biasanya mandul. Dalam kajian 1988, sebiji telur dari 479 adalah subur dan menghasilkan kacukan, C. hemipterus × lectularius.[28][29]

Kitaran hayat

Pijat memiliki enam tahap kitaran hayat (lima tidak matang dan satu tahap dewasa).[30] Pijat akan bertukar kulit melalui proses pengelupasan (ecdysis) sepanjang pelbagai tahap dalam jangka hayat mereka. Kulit luar yang disingkirkan kelihatan rangka luar, lutsinar pijat itu sendiri. Pijat perlu bersalin kulit enam kali sebelum menjadi dewasa subur.

  • Slid Cimex lectularius
  • Pijat (4 mm length; 2.5 mm width), ditunjukkan dalam bekas filem plastik, di sebelah kanan adalah kulit yang baru disalin dari peringkat nymphnya
  • Pijat sedang menghisap darah hos
  • Blood-fed Cimex lectularius (Lihat beza warna berkenaan penghadaman makan darah)
  • Pijat dengan buih lapar dalam perutnya.