Format Pilih_Kasih

Pilih Kasih diwujudkan bagi sebagai sebuah platform bagi melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakonan. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan, tidak kira teater, muzikal, drama, filem, monolog dan sebagainya.[3]

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah bekerjasama sebagai penerbit bersama sementara Telekom Malaysia selaku penaja utama. Kedudukan setiap peserta ditentukan menerusi undian SMS.

Berbanding musim pertama yang menampilkan 20 peserta, musim kedua[4] dan ketiga[5] Pilih Kasih mempunyai 16 peserta.

Pada 2012, Rosyam Nor mengumumkan bahawa musim ketiga Pilih Kasih merupakan yang terakhir.[6]