Pilihan_Raya_Tempatan,_Negeri_Sembilan_1961

Pilihan Raya Tempatan, Negeri Sembilan 1961 ialah Pilihan raya tempatan, Negeri Sembilan yang kelapan yang diadakan di Negeri Sembilan, dan yang kelima selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Ia telah diadakan pada 22 April 1961. Jumlah majlis tempatan yang dipertandingkan ialah 2 majlis tempatan iaitu Perbandaran Seremban dan Bandaran Kuala Pilah. Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang selesai proses penamaan calon yang diadakan secara berperingkat. Hari penamaan calon bagi Seremban ialah 21 Mac 1961, manakala bagi Kuala Pilah ialah pada 5 April 1961