Pilihan_raya_kecil_Batu_Sapi_2010

Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010 merupakan pilihan raya kecil ke-13 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru - Sembulan, Sabah.Tarikh pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, di Sabah ditetapkan pada 4 November 2010, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.Pilihan raya kecil ini diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Galas.