Pilihan_raya_kecil_Malaysia

Pilihan raya kecil di Malaysia diadakan sekiranya kerusi Parlimen atau DUN dikosongkan atas apa jua sebab dalam tempoh tiga tahun daripada persidangan pertama pilihan raya umum sebelumnya. Pilihan raya kecil ini hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.Pada kebiasaannya, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Parlimen) akan memberi surat berbentuk notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM). Kemudian SPRM akan menentukan bila tarikh pilihan raya kecil ini diadakan. Secara umumnya, banyak pilihan raya kecil diadakan selepas setiap kali pilihan raya umum diadakan. Di antara musim pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum, musim pilihan raya umum ke-9 (1995) dan ke-12 (2008) merupakan musim dengan bilangan pilihan raya kecil terbanyak. Berikut adalah senarai pilihan raya kecil di bawah setiap kali pilihan raya umum diadakan di Malaysia.

Berkaitan