Pilihan_raya_kecil_Merlimau_2011
Pilihan_raya_kecil_Merlimau_2011

Pilihan_raya_kecil_Merlimau_2011

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau 2011 merupakan pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari 2011.Pilihan raya ini ditetapkan pada 6 Mac 2011 manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari 2011 serentak dengan Pilihan raya kecil Kerdau 2011 di dalam satu pengumuman oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis, Johor pada 29 Januari 2011 . SPRM menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 21 Januari 2011 berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya.

Berkaitan