Pilihan_raya_umum_Malaysia_1990
Pilihan_raya_umum_Malaysia_1990

Pilihan_raya_umum_Malaysia_1990

Portal PolitikPilihan Raya Umum Malaysia 1990 merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "'UMNO Baru'" bertanding dalam pilihan raya umum.Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46 (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.

Berkaitan