Pingat
Pingat

Pingat

Pingat, medal atau medalion ialah sejenis kepingan logam yang kecil, nipis, dan bulat (kadangkala bujur telor) yang telah di ukir, di bentuk, di acu, di ketuk, di cap, atau juga ditandakan dengan insignia, potret, atau bentuk seni yang lain. Pingat itu boleh dikurniakan kepada orang atau organisasi sebagai bentuk pengiktirafan untuk sukan, tentera, sains, akademik, atau pelbagai pencapaian lain. Anugerah kebesaran tentera adalah istilah yang lebih tepat untuk sesetengah jenis anugerah kebesaran negara. Medal juga boleh dizahirkan untuk dijual sempena memperingati individu atau peristiwa tertentu, atau sebagai karya lambang seni untuk diri sendiri. Pada masa lalu, medal telah dizahirkan untuk individu, biasanya dengan gambar beliau, selalu digunakan sebagai bentuk diplomatik atau hadiah peribadi, tanpa rasa seperti dikurniakan pingat mengikut pencapaian.Seorang artis yang mencipta medal atau medalion dipanggil "pemegang pingat" (medalist). Terdapat juga pingat pemujaan yang boleh dipakai atas sebab-sebab keagamaan. Medal telah lama menjadi bahan koleksi popular samada sebagai kepelbagaian exonumia atau militaria (barangan antik). Medal juga boleh dihasilkan dalam bentuk segi empat tepat, namun ia lebih tepat digambarkan sebagai plak, dan anugerah rasmi seperti pingat kebesaran tentera kerap dalam bentuk salib atau bintang, tetapi masih dipanggil "medal", seperti mana Medal of Honor Amerika yang berbentuk bintang.Dalam penggunaan istilah yang betul, medalion adalah besar, bermula dengan selebar 4 inci, dan oleh itu ia terlalu besar untuk dipakai dengan selesa, walaupun dalam penggunaan sehari-hari, "medalion" kadangkala secara salah merujuk medal sebagai loket kalung (seperti dalam gaya fesyen medallion man era 1960an dan 1970an), atau untuk lain-lain jenis pingat. Medalion juga boleh dipanggil "pingat meja" kerana ia terlalu besar untuk dipakai dan hanya boleh dipamerkan pada dinding, meja hiasan, meja tulis, atau kabinet.

Berkaitan