Institusi-Institusi Peminjam Pinjaman peribadi

Terdapat 4 kategori institusi yang menawarkan pinjaman peribadi secara sah di Malaysia iaitu bank komersil, koperasi, pinjaman berlesen dan institusi kewangan bukan perbankan seperti MBSB dan AEON Credit.

Berapa lamakah permohonan yang diperlukan dan dokumentasi apa yang diperlukan?

  • Setelah menyelesaikan permohonan wakil AEON akan menghubungi anda dalam hari yang sama untuk mengesahkan permohonan anda.
  • Selepas itu, Perkhidmatan Kredit AEON akan menghubungi anda untuk menerangkan cara Buat pinjaman AEON Credit dalam hari bekerja yang sama dan akan *meminta anda memberikan dokumen yang diperlukan.
  • Pelanggan akan dimaklumkan mengenai status aplikasi mereka (Luluskan / Menolak) melalui SMS oleh AEON Credit Service.
  • Jika permohonan diluluskan, wakil AEON akan menghubungi pelanggan untuk menandatangani Perjanjian Jualan dan Pembelian di cawangan Perkhidmatan Kredit AEON terdekat.
  • Dana akan dipindahkan ke Akaun Simpanan atau Akaun Semasa pelanggan.
  • Keputusan untuk menyediakan kelulusan pembiayaan adalah diluluskan oleh pihak AEON Credit Service.[5]

Bank Komersil

Bank komersil merupakan institusi yang paling popular untuk memohon pinjaman peribadi. Kadar faedah bergantung kepada risiko kredit bermasalah atau NPL (non-performing loan). Secara kasar, kadar faedah adalah antara 8% - 14% untuk pekerja swasta dan 4% - 8% untuk penjawat awam. [6]Antara faktor-faktor yang mempengaruhi risiko adalah sejarah kredit, majikan, pekerjaan dan industri, tempoh perkhidmatan dan komitmen kewangan bulanan.

Secara umum kadar faedah lebih rendah dalam kes-kes yang berikut:

  • Peminjam merupakan kakitangan kerajaan di mana pembayaran balik hutang ditolak daripada gaji secara otomatik.
  • Rekod pembayaran balik hutang yang elok (laporan CTOS dan CCRIS)
  • Peminjam tidak mempunyai banyak tanggungan atau komitmen hutang
  • Peminjam mempunyai kerja yang stabil dengan gaji tetap

Koperasi

Pinjaman peribadi koperasi hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun di mana pembayaran balik boleh dilakukan melalui potongan gaji oleh Biro Angkasa. Secara umum, kadar yang ditawarkan adalah lebih tinggi daripada pakej bank komersil untuk penjawar awam tetapi lebih rendah dari kadar pakej untuk pekerja swasta. [7]Keunikan pinjaman peribadi koperasi adalah ia menerima pemohon yang telah disenarai-hitamkan oleh pihak bank kerana laporan kredit (CTOS dan CCRIS) tidak memuaskan. Nilai pinjaman adalah sangat tinggi iaitu sehingga RM250,000.

Pinjaman Berlesen

Kerajaan juga memberi lesen kepada syarikat swasta bukan bank untuk menawarkan kemudahan kredit. Aktiviti syarikat-syarikat pinjaman berlesen dipantau oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951. Terdapat hampir 3,000 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen di seluruh negara.[8]

Had maksima kadar faedah yang dikenakan adalah 18% setahun atau 1.5% sebulan untuk pinjaman tanpa cagaran dan 12% setahun untuk pinjaman bercagar. [9]Pasaran sasaran syarikat berlesen ini adalah golongan peminjam yang gagal memohon pinjaman bank atau koperasi. Oleh kerana risiko gagal kutip balik hutang pinjaman adalah tinggi, syarikat pinjaman berlesen biasanya menghadkan jumlah pinjaman kepada RM10,000 ke bawah. [10]

Institusi Bukan Perbankan Lain

Selain daripada bank, koperasi dan institusi pinjaman berlesen, institusi lain yang menawarkan pinjaman koperasi adalah seperti Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan AEON Credit Service. MBSB dan AEON Credit Service menawarkan pinjaman peribadi kepada penjawat awam dan juga pekerja swasta. Syarat pinjaman adalah lebih kurang sama seperti bank-bank komersil.[11][12]

Pemberi Pinjaman Tanpa Lesen

Di Malaysia, gejala pinjaman tanpa lesen (Ah Long dan ceti haram) berleluasa. Poster haram iklan perkhidmatan ah long senang dijumpai di merata-rata walaupun kerajaan selalu menjalankan Ops Turunkan Poster Pinjaman Wang Tanpa Lesen. [13]Tidak kira disenaraihitamkan oleh pihak bank atau institusi kewangan atau berstatus muflis, peminjam amat mudah mendapat pinjaman. Kadar yang dikenakan sangat tinggi sehingga 25% sebulan. Lagipun, ah long dan ceti haram terkenal dengan kekerasan dan memeras ugutan sekiranya gagal membayar.

Rujukan

WikiPedia: Pinjaman peribadi http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=1115475 http://www.businessdictionary.com/definition/perso... http://www.pinjamanislamik.com http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.mbsb.com.my/retail_personal_financing.h... http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/amaran-k... http://www.sinarharian.com.my/nasional/syarikat-pi... http://www.pinjamanberlesen.net http://www.koperasimalaysia.org https://duitanda.com/cara-buat-pembiayaan-pinjaman...