Pinyin

Hanyu Pinyin [han-yu pin-yin] (Cina Ringkas: 汉语拼音; Cina Tradisional: 漢語拼音; pinyin: Hànyǔ Pīnyīn) atau Pinyin [pin-yin] merupakan sistem perumian Bahasa Mandarin Baku yang paling kerap digunakan. Hanyu bermaksud "Bahasa Cina", pin bermaksud "eja" manakala yin bermaksud "bunyi". Pinyin juga dikenali sebagai skema huruf fonetik Cina (Cina Ringkas: 汉语拼音方案; Cina Tradisional: 漢語拼音方案; pinyin: Hànyǔ Pīnyīn fāng'àn).Sistem tulisan Pinyin menggunakan huruf rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa Mandarin baku. Cara huruf-huruf ini mewakili bunyi bahasa Mandarin baku berbeza berbanding bahasa lain yang ditulis dalam abjad rumi. Contohnya, bunyi-bunyi yang ditandai dalam pinyin dalam bentuk b dan g lebih dekat menyerupai bunyi-bunyi yang ditandai p dan k dalam kegunaan huruf rumi oleh sestengah bahasa Barat seperti bahasa Perancis. Huruf-huruf lain, seperti q, ü atau zh, menandai bunyi-bunyi yang tidak dapat disamakan kepada mana-mana bunyi bahasa Inggeris atau Melayu dengan tepatnya.Dengan membolehkan huruf rumi merujuk kepada bunyi tertentu dalam bahasa Cina, pinyin menghasilkan perumian yang padat dan tepat, menjadikannya mudah untuk penutur bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta pengkaji bahasa ini. Namun, kemungkinan besar bahawa seseorang yang belum mengkaji bahasa Cina atau sistem pinyin akan banyak tersalah lafaz perkataan bahasa ini. Masalah ini tidak semendalam begini dengan sistem perumian awal seperti Wade-Giles.