Sejarah Planet

Planet dan planet kerdil Sistem Suria; saiz adalah berskala tetapi jarak dari Matahari tidak.

Perkembangan dalam astronomi bererti Matahari dan Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik. Sejak penerimaan model heliosentrik di atas model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada budaya dan ijmak saintifik:

Apabila objek kontol, Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800-an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali, namun pada 2006 ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dalam kategori baru planet kerdil.

Senario yang serupa dihadapi Pluto. Ia pertama kali ditemui pada 1930 dan diterima IAU sebagai planet kerana disangkakan sebesar Bumi. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan. Selepas banyak lagi jasad baru ditemui melampaui Neptun semasa 1990-an dan awal 2000-an, IAU memutuskan untuk mengelaskan semula Pluto sebagai planet kerdil pada 2006.

Salah satu objek ini ialah Eris, yang penemuannya pada 2003 diwarwarkan dalam blog, jurnal dan media utama sebagai "planet ke-10", walaupun IAU tidak pernah menerimanya secara rasmi. Ramai yang melobi supaya Eris dijadikan planet, tetapi selepas perdebatan panjang ia menyertai Ceres dan Pluto sebagai planet kerdil.

Rujukan

WikiPedia: Planet http://www.dtm.ciw.edu/boss/definition.html http://adsabs.harvard.edu/abs/1980ARA&A..18...77W http://adsabs.harvard.edu/abs/2003A&A...410..711I http://adsabs.harvard.edu/cgi-bin/nph-bib_query?19... http://cfa-www.harvard.edu/press/pr0404.html http://cfa-www.harvard.edu/~kenyon/pf/dd/ http://home.tiac.net/~cri/1998/planet.html http://www.iau2006.org/mirror/www.iau.org/iau0603/... http://www.sciencenews.org/articles/20030125/bob9.... https://www.youtube.com/watch?v=xKKzIoJgMSQ