Plasenta
Plasenta

Plasenta

Plasenta (juga dikenali sebagai uri atau tembuni) merupakan organ yang menghubungkan janin yang membesar ke dinding rahim untuk menyediakan nutrien penting, melaraskan suhu persekitaran untuk janin, penyahtinjaan, melawan jangkitan dalaman serta menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu. Plasenta membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi-bayi yang berkembang sambil membuang sisa najis dari darah bayi. Plasenta melekat ke dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat. Plasenta adalah ciri penting mengenal pasti mamalia plasental, tetapi juga terdapat dalam beberapa haiwan bukan mamalia dengan pelbagai tahap pembangunan.[1]Istilah plasenta berasal dari perkataan bahasa Latin placenta yang bererti "kek", di mana ia pula berakar dari perkataan bahasa Yunani kuno πλακόεντα/πλακοῦντα (plakóenta/plakoúnta), dari πλακόεις/πλακούς (plakóeis/plakoús) yakni "rata, leper"[2][3] yang merujuk kepada bentuk uri manusia yang bulat. Mamalia jenis bertelur dan marsupial menghasilkan plasenta koriovitelin yang membekalkan nutrisi induk dari kantung telur sambil ia terhubung ke dinding rahim.