Platinum
Platinum

Platinum

Platinum (ejaan lama: pĕlatinam) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Pt dan nombor atom 78. Platinum kadang-kala dikenali sebagai emas putih, walaupun penggunaan ini kurang tepat kerana emas putih adalah aloi emas dengan platinum atau nikel. Platinum tergolong dalam kumpulan 10 dalam jadual berkala keunsuran dan adalah sejenis logam peralihan. Logam in agak berat, mudah tertempa, mulur dan berwarna putih kekelabuan. Platinum tahan kakisan. Logam ini dijumpai dalam bijih-bijih tembaga dan nikel. Platinum digunakan dalam pembuatan barang kemas, radas makmal, penyambung (sesentuh) elektrik, radas bidang pergigian, dan peranti kawalan asap kenderaan bermotor. Jongkong (Bulion) platinum diberikan kod kewangan ISO XPT. Pada 19 Ogos 2008, platinum dinilaikan sebanyak $1345.00 per auns Troy (kira-kira $43 per gram)[1]