Playboy

Playboy ialah sebuah majalah gaya hidup dan hiburan khusus untuk lelaki dari Amerika Syarikat. Ia diasaskan oleh Hugh Hefner serta beberapa orang rakannya di Chicago pada tahun 1953,[3] pemilikan terbitan ini kini dipegang oleh Playboy Enterprises, Inc.[4]Majalah ini paling dikenali dengan penerbitan gambar peragawati berpakaian singkat atau telanjang habis[5] (diberi jolokan Playmates) yang menjadi bahan pelaris utamanya sehingga tersohor di seluruh dunia. Ia adakalanya juga menerbitkan cerita-cerita pendek daripada penulis terkenal (antaranya Arthur C. Clarke,[6] Ian Fleming,[6] Vladimir Nabokov,[7] Saul Bellow, Chuck Palahniuk, P. G. Wodehouse,[6] Roald Dahl,[8] Haruki Murakami dan Margaret Atwood[6]), lukisan kartun berwarna (termasuk karya-karya Harvey Kurtzman, Jack Cole,[9] Eldon Dedini,[10] Jules Feiffer,[11] Shel Silverstein,[12] Erich Sokol,[6] Roy Raymonde,[13] Gahan Wilson dan Rowland B. Wilson[14]) serta wawancara utama bersama tokoh penting seperti seniman, negarawan dan pemikir secara bulanan.Majalah ini merupakan antara faktor utama pendorong pergerakan sosial yang memecah tabu berkaitan seksualiti dan hubungan antara orang dalam kalangan masyarakat umum di Amerika Syarikat sehingga ia menjadi topik yang bisa dibincangkan secara terbuka.[15]