Please_Give_Me_a_Job!

Please Give Me a Job! ialah rancangan realiti terbitan Red Communications Sdn Bhd dan 8TV yang memaparkan 10 orang graduan baru mencuba sedaya upaya dengan harapan mampu memuaskan majikan berpotensi mereka. Setiap episod rancangan realiti ini menyaksikan para siswazah baru ini bertanding secara berkumpulan dan menduga pelbagai tugasan.Rancangan ciptaan Ahmad Izham Omar yang ditaja oleh Kolej SEGi ini diacarakan oleh Azah Yasmin. Datuk Clement Hii sebagai ketua pegawai eksekutif SEGi juga memainkan peranan dalam rancangan ini sebagai mentor kepada para peserta yang memberi taklimat kecil yang menyisipkan kata-kata hikmat kepada mereka pada permulaan setiap episod.