Pleistosen

Pleistosen ialah epok dari 2.588 juta hingga 12 000 tahun SK yang meliputi zaman pengglasieran berulang-ulang yang paling terkini sepanjang sejarah dunia. Nama pleistosen berasal dari bahasa Yunani, i3aitu πλεῖστος 34th(pleistos "paling") dan καινός (kainos "baru"). Epok Pleistosen menyusuli epok Pliosen dan disusuli oleh epok Holosen. Zaman Pleistosen ialah epok pertama dalam zaman Kuaternari atau epok ke-6 era Senozoik.[1] Penghujung epok Pleistosen bersempena dengan peleburan glasier kebenuaan yang terakhir, dan juga alamat berakhirnya zaman Paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi.Dalam skala masa ICS, epok Pleistosen terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Gelasian, Calabrian, Ionian dan Tarantian, keempat-empatnya ditakrifkan di Eropah Selatan.