Poi_(makanan)
Poi_(makanan)

Poi_(makanan)

Poi ialah makanan ruji tradisi masyarakat peribumi Hawaii diperbuat dengan melumat umbisi keladi spesies Colocasia esculenta (nama setempat dalam Bahasa Hawaii: kalo). Umbisi keladi mula-mula dibakar atau dikukus sebelum ia dilenyekkan atas papan khas (papa ku‘i ‘ai) menggunakan sejenis alu (pōhaku ku‘i ‘ai). Keladi ini dialu tanpa air terlebih dahulu (pa‘i ‘ai) di mana ia melikat seakan doh, air ditambah kemudian semasa ia adun mengikut citarasa dan selera masing-masing.Makanan ini dimakan dengan menggunakan tangan. Ia bisa dimakan segera di mana rasanya manis dan segar, namun ia juga boleh dibiarkan menapai lalu dihidangkan sama ada bersama ikan masin atau sejenis salad ikan salmon khas (lomi), atau juga ditambah pada adunan roti.