Point_Blanc

Nicholas Ong Chong Quan atau lebih dikenali sebagai Point Blanc (lahir 14 Oktober 1979 di Ipoh, Perak, Malaysia) merupakan seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan hip hop, Poetic Ammo di mana beliau menerbitkan tiga album bersama kumpulan ini.[2][3] Selain itu, beliau juga pernah menjadi vokalis utama kedua Pop Shuvit di mana beliau hanya menerbitkan satu album bersama kumpulan ini.[4] Selepas Poetic Ammo dibubarkan, beliau bergerak secara solo dan menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Voyeur Records dan menerbitkan dua album solo–Straight To The Point (2007)[5] dan The Turning Point (2011). Beliau juga memiliki jenama pakaiannya, Voyeurizm.