Pokok_Bebaru
Pokok_Bebaru

Pokok_Bebaru

Pokok Bebaru atau Pokok Baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa. [1]Di Pulau Pitcaim, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999). Bunga Pokok Bebaru memainkan peranan yang penting dalam perjuangan kemerdekaan Sri Lanka, dan dijual oleh Gerakan Suriya-Mal sebagai ganti untuk popi bagi membantu bekas anggota tentera asli.